Setelah mendapat penerangan mengenai QuestNet Malaysia, kami bercadang untuk menjadi ahli dan menggunakan produk Bio Disc. Yang agak ganjil, kami tidak mendaftar untuk menjadi ahli dan membuat pembelian produk secara manual. Kami dengan sengaja menggunaka sistem online QuestNet.
Kami melakukan pendaftaran di laman web. Kami memesan produk juga melaui laman web. Kami membuat pembayaran dengan kad kredit di laman web. Walaupun terdapat sedikit gangguan, tetapi ianya merupakan isu teknikal pada pembekal kad kredit kami dan bukannya pada laman web QuestNet.
Proses terbahagi kepada dua, iaitu pendaftaran dan pembelian pertama.
Semasa pendaftaran, kami mengisi semua maklumat yang diperlukan. Diperingkat pembayaran, kami memilih untuk membayar dengan kad kredit. Sebanyak RM70 di caj ke kad kredit kami. Kami diberikan resit bayaran dan maklumat pendaftaran lain iaitu no keahlian dan kata kunci akaun online kami.
Selepas itu, kami log in kelaman web QuestNet dan membuat pembelian Bio Disc Family package. Diperingkat pembayaran, kami memilih untuk bayaran menggunakan kad kredit juga. Kami di kenakan bayaran produk (RM2,250.00) dan kos penghantaran (RM40.00). Kami mencetak resit tempahan dan pembayaran.
Untuk mendapat kepastian, kami menghubungi ibu pejabat QuestNet Malaysia dan mereka mengesahkan pendaftaran dan pesanan kami telah sempurna. Mereka menjanjikan produk yang kami pesan akan sampai melalui Courier Service dalam masa seminggu.
Semua urusan pendaftaran kami lakukan pada hari Selasa. Pada hari Jumaat minggu yang sama, produk yang kami pesan sampai ke tangan kami.
Kami merakamkan peristiwa ini kerana kami ingin memastikan QuestNet adalah sebuah syarikat yang bersungguh dalam menjalankan perniagaan. Kami juga ingin memastikan sistem yang mereka gunakan adalah berfungsi dengan sempurna. Dan ianya terbukti. Kami amat berpuas hati.
Kami akan menggunakan sepenuhnya ciri-ciri operasi online dari QuestNet. Ini adalah untuk memudahkan urusan tanpa perlu menempuh perjalan ke ibu pejabat yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya.